Sunday, December 20, 2009

Hati

Seorang lelaki yang saya suka telah menyatakan yang beliau tidak menyukai saya sebagaimana saya menyukai dia. Agak mengecewakan dan terluka tetapi saya cuba untuk tersenyum dan gembira bila melepak dengannya.
Beliau seorang yang straight edge,anti social, non-smoking person, tidak mengambil supplement yang tidak diiktiraf, dan jauh sekali menjadi seorang alcoholic yang tegar, berbeda dengan saya yang mempunyai ciri-ciri bertentangan dengan beliau.
Mungkin itu yang ditakdirkan Tuhan apabila saya pada pertamakalinya tertarik dengan lelaki yang mempunyai ciri-ciri begitu. Percubaan untuk beliau menolak saya dari hidupnya saya terima dengan positif dan cuba untuk mendekatinya dengan cara yang lain pula.
Kini,saya dan beliau masih berkawan dan saya masih menaruh hati pada beliau dan berharap beliau melihat saya dari sudut pandangan yang lain pula memandangkan saya tidak menyokong tindakan seorang perempuan bertindak untuk mengurat lelaki idamannya.
Semoga lelaki yang saya admire dari jauh itu menyedari bahawa saya masih di sini menanti beliau dengan penuh harapan. ;)
Amin.

3 comments:

  1. wah!!!
    mcm xcaye dowh ape yg aku bace ni.
    pe perasaan Powt n Ajob if mrka tau?
    TERUJA!
    ha3.
    go AiKO!
    go AiKO!
    go AiKO!
    :D

    ReplyDelete
  2. xsangka cik aiko kita masih ada perasaan kat laki

    ReplyDelete
  3. hahaha.sengal gile.adeh

    ReplyDelete